Bayaran sewa Stadium/Dewan dan cagaran hendaklah dijelaskan tujuh (7) hari sebelum tarikh penggunaan. Kegagalan menjelaskan bayaran menyebabkan kelulusan terbatal dengan sendirinya.
Setiap bayaran tempahan hendaklah disertakan resit pembayaran deposit sebagai bukti tempahan. Tempahan tanpa bayaran deposit tidak akan diambil kira sebagai tempahan.
Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya dua (2) minggu lebih awal melainkan terdapat kekosongan.
Pembatalan Stadium/Dewan perlu dibuat tujuh (7) hari lebih awal.
Segala kerosakan ke atas harta PPAS semasa penggunaan ditanggung sepenuhnya oleh penyewa. Penyewa diminta membayar gantirugi atau wang cagaran ditarik balik atau nilai yang mana satu lebih tinggi.
Hanya katerer yang dilantik oleh PPAS sahaja yang dibenarkan untuk tempahan makan/minum sepanjang sewaan.
Hidangan atau makanan/minuman yang TIDAK HALAL adalah dilarang dibawa ke dalam Dewan/Stadium.
Penyewa TIDAK DIBENARKAN memasak dikawasan Dewan
Penyewa mestilah membersihkan Dewan selepas penggunaan. Sekiranya pihak tuan/puan melanggar peraturan ini pihak PPAS berhak tidak memulangkan Wang Cagaran Sewaan Stadium.
PPAS mengamalkan POLISI Dewan Bersih sebelum digunakan dan dipulangkan pun harus bersih.